Chin Hin beli 31.2% ekuiti Signature International - Utusan Malaysia

Chin Hin beli 31.2% ekuiti Signature International

Pembelian itu membolehkan Chin Hin memasuki segmen perniagaan kepada pengguna (B2C).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Chin Hin Group Berhad memperolehi 80 juta saham biasa yang mewakili kira-kira 31.2 peratus ekuiti Signature International Berhad pada pertimbangan tunai sebanyak RM93.60 juta semalam.

Pembelian itu membolehkan Chin Hin memasuki segmen perniagaan kepada pengguna (B2C).

Konglomerat pembinaan bersepadu itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, mereka telah memasuki perjanjian penjualan saham (SSA) bersyarat dengan dua pemegang saham utama Sihnature International, iaitu Tenyin Holding Sdn. Bhd. dan Datuk Chooi Yoey Sun.

Menurut Chin Hin, SSA tersebut adalah supaya pihaknya dapat memiliki 40 juta saham biasa atau 15.6 peratus ekuiti Signature International berdasarkan pertimbangan pembelian pada RM1.17 setiap saham.

Selepas pembelian, pegangan Tenyin dan Yoey Sun dalam Signature International akan berkurang kepada 12.54 peratus dan 9.48 peratus.

“Pertimbangan pembelian pada RM1.17 setiap saham mewakili 18 peratus premium untuk purata harga pasaran bervolum lima hari (5D-WAMP) saham Signature International sehingga tarikh boleh guna terakhir (LPD) pada RM0.9918.

“Setakat tarikh pengumuman ini, pembelian tersebut telah selesai,” katanya dalam kenyataan.

Signature International merupakan syarikat yang terlibat dalam reka bentuk, pembangunan produk, pembuatan, pemasaran dan pengedaran sistem dapur, sistem busana dan peralatan dapur tersedia.

Jenama utamanya, Signature Kitchen ialah pembuat kabinet dan busana dapur terbesar Malaysia, memegang rekod rangkaian runcit pengubahsuaian dapur terbesar Malaysia dengan perniagaan di 15 buah negara baik dalam segmen runcit mahupun korporat.

Menurut Chin Hin, pembelian itu akan dibiayai kombinasi dana janaan dalam dan pinjaman bank.

Pengarah Urusan Kumpulan Chin Hin, Chiau Haw Choon berkata, pembelian itu memberikan peluang kepada syarikatnya untuk memperluas julat produknya daripada bahan binaan kepada penyelesaian dapur, rumah dan kehidupan yang berkualiti.

“Langkah ini akan membolehkan syarikat memasuki segmen B2C memandangkan produk Signature International bukan hanya dibekalkan kepada projek pembangunan hartanah malah dibekalkan terus kepada pengguna melalui cawangan runcitnya di dalam mahupun luar negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya