Bintai Kinden dapat kontrak TNB RM9.78 juta - Utusan Malaysia

Bintai Kinden dapat kontrak TNB RM9.78 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat kejuruteraan, Bintai Kinden Corporation Berhad menerusi anak syarikatnya, Kejuruteraan Bintai Kindenko Sdn. Bhd. (KBK) berjaya meraih kontrak bernilai RM9.78 juta dari Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Syarikat itu menerima Surat Anugerah daripada TNB untuk melaksanakan penggantian dan ubah suai aset untuk transformer, transformer pembumian dan reaktor kepada PMU 275/33 KV Grik, semalam.

Pengarah Urusan Bintai Kinden, Ong Choon Lui, berkata kontrak dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan perolehan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021, selain perolehan masa depan dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh kontrak.

“Termasuk kontrak ini, Bintai Kinden berjaya menambah kontrak dalam tangan kepada kira-kira RM236.77 juta, yang bakal menawarkan kadar perolehan mantap untuk dua tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, syarikat tidak meramalkan sebarang risiko besar  daripada kontrak berkenaan, kecuali risiko perniagaan biasa.

Kontrak dijangka dapat disiapkan dalam tempoh 540 hari dari tarikh pelaksanaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya