Pengarah Urusan Jakel terima darjah Seri Mahkota Wilayah -

Pengarah Urusan Jakel terima darjah Seri Mahkota Wilayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel merupakan antara 355 orang yang menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan, hari ini.

Mohamed Faroz yang merupakan pemilik gedung tekstil tersebut menerima  Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Seramai 24 penerima dikurniakan SMW yang membawa gelaran Datuk Seri itu termasuk Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Mendahulu penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan ialah Yang di-Pertua  Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas diikuti Yang di-Pertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin; isteri Yang di-Pertua Sarawak, Toh Puan Ragad Kurdi Taib; Yang di-Pertua Melaka, Tun Ali Mohd Rustam; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Mereka menerima Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.