FGV saring 13,509 pekerja migran - Utusan Malaysia

FGV saring 13,509 pekerja migran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Berhad telah melaksanakan ujian saringan Covid-19 kepada 13,509 pekerja migran yang berkhidmat di ladang-ldangnya tahun ini.

Jumlah tersebut melibatkan 1,029 pekerja ladang di Negeri Sembilan dan Pahang; 6,261 di Sabah dan 703 pekerja di Terengganu yang disaring pada Januari.

Pada minggu pertama Februari pula FGV menyaring 1,402 pekerja ladang di Pahang dan 4,114 pekerja di Sabah.

Menurut FGV, keseluruhan keputusan ujian saringan pada Januari adalah negatif kecuali 25 pekerja di Sabah yang telah menjalani proses pengasingan.

“Mereka telah pulih sepenuhnya dan discaj dari pusat kuarantin di Lahad Datu,” kata syarikat itu dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, pihaknya berpuas hati dengan kemajuan usaha perluasana ujian saringan tersebut yang bertujuan bagi memastikan semua pekerja migran di ladang FGV kekal sihat serta tidak menjadi agen penyebar wabak.

“Ia selaras dengan arahan kerajaan yang mewajibkan majikan menyediakan saringan untuk semua pekerja migran masing-masing bermula 2 Februari 2021.

“FGV turut menyediakan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sementara di kompleks-kompleks ladang bagi membolehkan proses pengasingan sekiranya pekerja ladang migran didapati positif dan bergejala ringan,” katanya.

FGV menyatakan, program ujian saringan itu dijalankan secara berperingkat untuk semua pekerja ladang migran FGV yang berjumlah 26,114 orang.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 15,119 pekerja berkhidmat di Semenanjung Malaysia, 10,375 berkhidmat di Sabah dan 620 di Sarawak.

“Semua pekerja migran di ladang FGV yang berasal dari Indonesia, Bangladesh, Nepal, Filipina, Sri Lanka, India dan Myanmar merupakan pencarum yang berdaftar di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” katanya.

Menurut FGV, program ujian saringan tersebut akan diteruskan ke negeri-negeri lain dalam waktu terdekat ini dan dilakukan selaras dengan AKta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi kawalan Covid-19.

“Ujian saringan Covid-19 pekerja migran FGV di seluruh operasi perladangannya dijangka selesai pada akhir suku pertama 2021,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya