Covid: Bayar balik tiket penerbangan dibatalkan - Utusan Malaysia

Covid: Bayar balik tiket penerbangan dibatalkan

Kerajaan membenarkan rakyat ke luar negara berkuat kuasa esok. – UTUSAN/ASWAD YAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan secara prinsipnya perlu membayar balik tiket penerbangan pengguna sekiranya penerbangan dibatalkan kerana sekatan dikenakan kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), bayaran balik itu bersamaan dengan kos tiket pada masa pembelian termasuklah cukai, fi dan caj yang telah diperuntukan di bawah mana-mana undang-undang tertulis, serta caj perkhidmatan pilihan yang telah dibeli oleh pengguna terjejas.

Jelas Mavcom, pihaknya mengambil maklum bahawa kebanyakan syarikat penerbangan telah memenuhi permintaan bayaran balik kepada pengguna yang terjejas.

“Mavcom menggalakkan semua syarikat penerbangan untuk terus berusaha bagi memenuhi keperluan bayaran balik kepada pengguna yang terjejas.

“Syarikat penerbangan mestilah melaksanakan prinsip wajar dan adil dalam penentuan kaedah pembayaran balik kepada pengguna yang terjejas.

“Kaedah pembayaran balik mesti meletakkan pengguna terjejas di posisi, serta keadaan yang sama pada waktu pembelian tiket untuk kepentingan terbaik syarikat penerbangan dan pengguna yang telah terjejas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mavcom, sekatan perjalanan antarabangsa dan domestik yang dikenakan akibat penularan pandemik Covid-19 telah mengakibatkan banyak pembatalan penerbangan.

Mavcom katanya, amat prihatin dengan pengguna yang terjejas akibat pandemik tersebut.

“Dalam mengimbangkan hak pengguna yang terjejas dan kelestarian industri penerbangan, Mavcom akan terus melaksanakan tugas di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771] dan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.