Toyota lancar KINTO ONE - Utusan Malaysia

Toyota lancar KINTO ONE

Kinto ONE menawarkan medium baharu kepada pelanggan memiliki dan memandu kenderaan tanpa perlu terbeban dengan kaedah sewa-beli tradisional. - GAMBAR IHSAN UMW TOYOTA MOTOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Toyota Capital Malaysia memperkenalkan program langganan kenderaan, KINTO ONE di Malaysia me­rangkumi program secara Islamik sebagai pilihan baharu kepada pelanggan tempatan.

Menurut Toyota Capital Malaysia, KINTO ONE ditawarkan hampir di seluruh dunia termasuk pasaran Amerika Utara dan Selatan, Eropah dan negara-negara utama Asia.

Berasal daripada perkataan Jepun, kinto-un yang bermaksud awan terbang, Toyota Capital Malaysia berkata, ia sejajar dengan semangat untuk menyediakan perkhidmatan pantas dan memberi mobiliti seperti dihasratkan pengguna serta pada masa sama mesra alam.

Syarikat tersebut membe­ritahu, KINTO ONE menawarkan medium baharu kepada pelanggan memiliki dan memandu kenderaan tanpa perlu terbeban dengan kaedah pembelian sewa-beli secara tradisional sebelum ini.

“Secara mudah, KINTO ONE merupakan sebuah pelan langganan kenderaan merangkumi seluruhnya dengan bayaran ansuran bulanan tetap termasuk kos pendaftaran kenderaan, insurans komprehensif tahunan, cukai jalan, penyelenggaraan berjadual dan penyelenggaraan pencegahan.

“Tempoh langganan disediakan sama ada bagi dua tahun atau tiga tahun dan selepas ia tamat, pelanggan hanya perlu memulangkan kenderaan terbabit kepada Toyota Malaysia dan selebihnya akan diuruskan sewajarnya.

“Ia melepaskan pengguna daripada sebarang kerisauan atau susut nilai semasa kenderaan tanpa memikirkan bagaimana cara menjual kenderaan selepas bertahun menggunakannya,” katanya dalam kenya­taan.

Dalam pada itu, Presiden Toyota Capital Malaysia, Thomas Chai memaklumkan KINTO ONE merupakan hasil kerjasama strategik antara syarikat itu dengan UMW Toyota Motor dan direka secara khusus untuk memenuhi keperluan gaya hidup generasi baharu berkaitan mobiliti.

Menurut Thomas, ia berkenaan peralihan cara pembelian pelanggan daripada pemilikan kenderaan kepada penggunaan kenderaan serta selari dengan visi Mobiliti For All yang dijuarai Toyota.

“KINTO ONE ada untuk memenuhi keperluan pengguna yang inginkan penyelesaian mobiliti yang lebih peribadi dan selamat di kala pandemik Covid-19 ketika ini.

“Ia juga disasarkan kepada syarikat-syarikat yang ingin meringankan beban aset mereka tetapi masih mementingkan kebolehfungsian mobiliti serta bagi individu yang memahami bahawa kos pemilikan sesebuah kenderaan melebihi daripada sekadar bayaran ansurannya semata-mata,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya