INSPIRASI NIAGA KUANTAN: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Itu prinsip pegangan hidup bagi pengasas produk pati minyak wangi tanpa alkohol, Ahmad Hafiz Mohd. Hamili, 38, bagi mengubah kehidupan dirinya dari makan gaji kepada menentukan gaji sendiri. Menceritakan pengalaman kerjanya, beliau berkata, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelbagai pekerjaan dilakukan. “Hendak cakap tentang kerja, macam-macam kerja saya buat sebelum ini antaranya dalam bidang pembinaan rumah, kerja kilang,…










