Keyakinan, kepercayaan pendeposit Tabung Haji semakin pulih KUALA LUMPUR: Pemulihan keyakinan dan kepercayaan pendeposit terhadap pentadbiran Lembaga Tabung Haji (TH) disifatkan sebagai antara faktor penyumbang kepada peningkatan sehingga RM7 bilion deposit institusi tersebut tahun lalu. Jumlah deposit TH meningkat kepada RM75.9 bilion pada penghujung Disember 2020 berbanding RM69 bilion yang dicatatkan pada 2019. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd. Hasyudeen Yusoff memberitahu, sebagai institusi yang…










