Kaunter zakat PPZ-MAIWP dibuka sepanjang PKP - Utusan Malaysia

Kaunter zakat PPZ-MAIWP dibuka sepanjang PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) memaklumkan bahawa 10 kaunter zakatnya beroperasi seperti biasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff, waktu operasi kaunter berkenaan adalah bermula pukul 8.15 pagi hingga 4.45 petang untuk Isnin hingga Khamis manakala Jumaat, pukul 8.15 pagi hingga 12.30 tengah hari serta 2.30 hingga 4.45 petang.

Beliau berkata, waktu operasi kaunter zakat pada Sabtu minggu kedua, keempat dan kelima adalah pada pukul 8.15 pagi hingga 12.45 tengah hari.

“Demi memastikan keselamatan pembayar zakat, kelancaran proses di kaunter dan mengelakkan jangkitan Covid-19, PPZ-MAIWP sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Urusan bayaran zakat adalah seperti biasa (akad dan doa) tanpa berjabat tangan bagi mengelak sebarang sentuhan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambahnya, orang ramai bagaimanapun disarankan untuk memilih saluran bayaran secara dalam talian melalui portal PPZ-MAIWP iaitu www.zakat.com.my, kaunter zakat digital, perbankan internet dan e-wallet.
Sebarang kemusykilan atau permasalahan berkaitan zakat, boleh hubungi talian zakat di 1300 88 5757 atau e-mel di [email protected]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.