KUALA LUMPUR: Setelah beberapa bulan sektor pelancongan dan perhotelan bernafas, pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan pertumbuhan sektor tersebut kembali terbantut. Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Yap Lin Seng berkata, industri perhotelan dijangka hilang pendapatan sekurang-kurangnya RM300 juta setiap dua minggu selama PKP dilaksanakan. “Sejak pelaksanaan PKP pada 18 Mac 2020, lebih kurang 90 hotel telah ditutup. Ada yang tutup sepenuhnya dan ada juga yang hanya tutup…










