UEM Edgenta bantu Hospital Kudat, Sabah - Utusan Malaysia

UEM Edgenta bantu Hospital Kudat, Sabah

Nik Fawaz Nik Abdul Aziz (kiri) menyampaikan sumbangan peralatan dan keperluan hospital kepada Raja Riza Shazmin Raja Badrul Shah di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) bekerjasama dengan Mercy Malaysia untuk menyediakan peralatan biomedikal dan bekalan operasi kepada Hospital Kudat bagi memerangi wabak Covid-19 di Sabah.

Di bawah Projek Bantuan Kecemasan Sabah Match Hub Covid-19 itu, UEM Edgenta akan menyumbangkan pera­latan dan keperluan hospital dalam bentuk monitor tanda vital, pam picagari, stetoskop dan tisu pembasmian kuman untuk menyokong operasi perubatan barisan hadapan dan logistik.

Sumbangan tersebut te­lah disampaikan oleh Ketua Healthcare Support (Konsesi) UEM Edgenta merangkap Pengarah Urusan Edgenta Mediserve Sdn. Bhd., Dr. Nik Fawaz Nik Abdul Aziz kepada Naib Presiden II Mercy Malaysia, Raja Datin Riza Shazmin Raja Badrul Shah di ibu pejabat Mercy Malaysia semalam.

Nik Fawaz berkata, syarikat gembira dapat menghulurkan bantuan dengan menyediakan bekalan perubatan dan keperluan kepada hospital berkenaan dalam membantu operasi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Kami berharap sumbangan kami dapat meringankan beban operasi pekerja kesihatan dan barisan hadapan memandangkan mereka terus-menerus melindungi dan menyelamatkan nyawa setiap hari.

“Kami di UEM Edgenta akan terus menyokong hospital dan barisan hadapan sepanjang tempoh yang sukar ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Nik Fawaz berkata, di ba­wah projek itu, selain peralatan biomedikal, syarikat juga menyumbang kepada Persa­tuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) untuk penempatan para profesional perubatan dan sokongan logistik bagi penghantaran perubatan.

UEM Edgenta, anak syarikat UEM Group., adalah syarikat pengurusan aset dan penyelesaian infrastruktur terkemuka di rantau ini.

Disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, kepakaran UEM Edgenta meliputi sokongan penjagaan kesihatan, harta­nah, penyelesaian fasiliti, perkhidmatan infrastruktur merangkumi penyelesaian un­tuk lebuh raya dan rel, terma­suk pengurusan projek serta perkhidmatan kejuruteraan menerusi OPUS Consultants. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya