Deposit wang TH melalui Pos Online - Utusan Malaysia

Deposit wang TH melalui Pos Online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) kini boleh memasukkan wang simpanan ke akaun TH secara dalam talian melalui Pos Online di www.posonline.com.my.

Ia selepas TH memaklumkan bahawa kerjasama dengan Pos Malaysia telah dinaik taraf menerusi pengenalan perkhidmatan deposit wang ke akaun TH secara dalam talian.

Menurut TH, langkah tersebut sejajar dengan usaha agensi itu dan Pos Malaysia dalam meningkatkan perkhidmatan secara digital yang lebih mudah dan berkesan.

“Selain itu, ini juga dapat memastikan pelaksanaan usaha wajar pelanggan dipenuhi sepenuhnya.

“Sehubungan itu, mulai 2 Januari 2021, urusan deposit wang ke akaun TH melalui kaunter cawangan Pos Malaysia akan ditamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919, faks di talian 03-77284959 atau e-mel ke [email protected]. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya