AXA AFFIN perkenal pakej eCombo 3-dalam-1 - Utusan Malaysia

AXA AFFIN perkenal pakej eCombo 3-dalam-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: AXA AFFIN Life Insurance Berhad memperkenalkan pakej insurans dalam talian 3-dalam-1 iaitu AXA eCombo yang menggabungkan insurans perubatan (AXA eMedic), penyakit kritikal (AXA eCritical Early Care) dan insurans hayat (AXA eLife Protector+).

Ia sekali gus menawarkan penyelesaian terhadap keperluan semasa pelanggan dengan satu pakej komprehensif dan pembayaran bulanan yang berpatutan.

Pengurus Negara AXA Affin Malaysia, Emmanuel Nivet berkata, krisis Covid-19 telah membuatkan ramai orang memberi penekanan kepada liputan lebih komprehensif tanpa perlu menguruskan pelbagai polisi insurans daripada syarikat berbeza serta pembayaran premium bulanan berlainan.

Katanya, AXA eCombo merupakan komitmen syarikat itu memberi sokongan kepada rakyat Malaysia dan memenuhi keperluan dengan produk berpatutan dan mudah dikendalikan.

“Pelanggan mementingkan kemudahan, kemampuan dan perlindungan produk insurans yang lengkap terutamanya risiko lebih tinggi yang sedang kita hadapi ketika ini.

“Kami memahami pelanggan kini memerlukan lebih daripada satu penyelesaian yang sesuai untuk semua. Keperluan dan bajet setiap pelanggan akan berbeza dan ini menunjukkan kelebihan teknologi insurans moden.

“Di AXA AFFIN, produk inovasi kami adalah berasaskan empat strategi iaitu kepantasan, kesenangan, fleksibel dan berpatutan sekali gus merupakan intipati AXA eCombo,” katanya dalam kenyataan hari ini.

AXA eCombo boleh didapati secara eksklusif dalam talian di www.axaecombo.com dengan warganegara Malaysia berusia antara 15 hari hingga 49 tahun layak mendapatkan liputan insurans sehingga berumur 80 tahun.

Pelanggan boleh menyesuaikan jumlah liputan dan faedah serta mendapatkan sebut harga dengan segera berdasarkan faktor-faktor seperti keperluan dan anggaran bajet mereka dengan pelanggan hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah dalam tempoh 10 minit.

Premium bermula serendah RM71 sebulan untuk membolehkan mereka yang baharu bekerja atau mempunyai keluarga yang masih muda mendapatkan perlindungan komprehensif.

Pakej kombo tersebut juga adalah fleksibel di mana pelanggan boleh memilih satu, dua atau ketiga-tiga pelan insurans yang ditawarkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya