Untung bersih HLB RM728.9 juta, meningkat 5.9% - Utusan Malaysia

Untung bersih HLB RM728.9 juta, meningkat 5.9%

DOMENIC FUDA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hong Leong Bank Berhad (HLB) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi untuk suku pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021 pada RM728.9 juta.

Ia peningkatan sebanyak 5.9 peratus berbanding keuntungan bersih yang dicatat pada suku sama tahun lalu pada RM688.58 juta.

Sementara itu, pembiayaan dan pinjaman kasarnya berkembang 6.8 peratus tahun ke tahun kepada RM148.1 bilion ketika kualiti asetnya terus kukuh apabila Pinjaman Terjejas Kasar syarikat itu meningkat kepada 0.48 peratus.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Domenic Fuda berkata, perancangan strategik dan taktikal memberikan asas yang kuat kepada syarikat untuk memulakan tahun kewangan ini dengan positif.

“Keuntungan bersih pada suku ini didorong oleh prestasi cemerlang, pengawalan kos yang cermat dan sumbangan daripada rakan kerjasama.

“Kami terus memerhatikan kualiti aset dalam tempoh yang tidak tentu ini dan menamatkan suku ini dengan nisbah yang baik pada 0.48 peratus.

“Melihat situasi pemulihan jangka panjang, kami terus secara aktif membangunkan penimbal kehilangan kredit pre-emptive sepanjang suku ini,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

HLB mengekalkan kedudukan modal dan kecairannya yang kukuh dengan ekuiti biasa tahap 1 (CET 1), Tier 1 dan nisbah jumlah modal masing-masing pada 13.5 peratus, 14.1 peratus dan 16.3 peratus.

Sementara itu, nisbah pembiayaan atas deposit (LDR) dan nisbah perlindungan kecairan (LCR) diuruskan dengan cermat pada 84.1 peratus dan 157 peratus.

Mengulas lanjut, Fuda melihat pandemik Covid-19 akan terus memberi kesan kepada HLB memandangkan jumlah jangkitan terus meningkat di seluruh dunia.

“Walau bagaimanapun, kami masih fokus terhadap wawasan kami untuk membangunkan institusi perkhidmatan kewangan ASEAN yang tinggi digitalisasi serta inovasi.

“Kami akan memastikan bantuan bersasar terus diberikan kepada pelanggan yang mengalami kesukaran kewangan akibat COvid-19.

“Norma baharu dalam persekitaran operasi pastinya memberikan kami peluang pertumbuhan baharu yang akan boleh dimanfaatkan dengan menjadi tangkas serta responsif terhadap lanskap yang berubah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.