fbpx

3 Disember 2020, 6:52 pm

  TERKINI

TM R&D menang anugerah World Communication Awards 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Telekom Research & Development Sdn. Bhd. (TM R&D), cabang inovasi Telekom Malaysia Berhad (TM), memenangi anugerah berprestij di World Communication Awards 2020 yang dianjurkan secara maya di London, United Kingdom, baru-baru ini. 

TM dalam kenyataan memaklumkan, anugerah itu adalah keempat dan kelima yang diterima oleh TM R&D bagi penyelesaian inovatifnya iaitu Sistem Pengurusan Air Bersepadu Pintar (SWIMS) di bawah kategori Anugerah Inovasi IoT, manakala Sistem Pengurusan Tenaga Perusahaan (EENT) menerima pengiktirafan di bawah kategori Anugerah Inovasi Data.

SWIMS adalah penyelesaian Air Berinternet (IoW), pemahaman baharu yang mendalam mengenai operasi pengurusan air dan alatan yang sesuai untuk pelbagai industri dan vertikel lain seperti kemudahan elektrik, pengangkutan, bandar-bandar pintar dan automasi kilang. 

EENT pula menawarkan sistem pemantauan tenaga pintar menyeluruh yang menambahbaik pengurusan tenaga, mengoptimumkan penggunaan tenaga serta meningkatkan tindak balas terhadap pelan penjimatan tenaga mengguna pakai seni bina data raya dan teknologi analitik.

Ketua Pegawai Eksekutif TM R&D, Dr. Sharlene Thiagarajah berkata, pengiktirafan menunjukkan penyelesaian-penyelesaian pintar yang dibangunkan secara dalaman di World Communication Awards, sememangnya menjadi dorongan yang kuat bagi pihaknya untuk terus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan inovasi. 

“Kemenangan berganda itu adalah pencapaian yang luar biasa dan setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada semua di pasukan TM R&D yang telah berusaha keras untuk memberikan yang terbaik buat pelanggan dan rakan usahasama kami.

“Di samping itu, TM R&D akan terus berinovasi untuk penggunaan dan memperkenalkan penyelesaian-penyelesaian digital yang lebih pintar yang akan mempertingkat dan mengubah kehidupan serta perniagaan pada masa yang sama menyokong aspirasi dan peranan unik TM sebagai pemacu Digital Malaysia,” katanya. 

Di dalam industri telekomunikasi global, World Communication Awards merupakan catatan pencapaian yang terbaik. Bagi tempoh lebih daripada 22 tahun, anugerah tersebut telah mengiktiraf keunggulan inovasi dalam syarikat telekomunikasi global dan menarik ratusan penyertaan pada setiap tahun.

Ditubuhkan pada tahun 2001, TM R&D merupakan pusat inovasi bagi Kumpulan TM yang memberi tumpuan kepada inovasi yang memperkayakan insan dan membawakan kemajuan negara. 

Berkembang maju sejak 2016, TM R&D telah memenangi 19 anugerah peringkat global dan menghasilkan lebih daripada 2,800 Hak Harta Intelek (IPR) dan 1,400 aset-aset digital sehingga kini. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN