Takaful Ikhlas General perkenal Home Protect - Utusan Malaysia

Takaful Ikhlas General perkenal Home Protect

EDDY AZLY ABIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Takaful Ikhlas General Berhad memperkenalkan pelan perlindungan dalam talian yang memberikan perlindungan lengkap untuk kediaman dan isi rumah.

Pelan yang dinamakan Ikhlas Home Protect Takaful itu merupakan pelan komprehensif dan ideal yang menawarkan perlindungan daripada kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, petir, kebakaran bawah tanah, letupan dan limpahan tangki air.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Eddy Azly Abidin berkata, pengenalan pelan tersebut selaras dengan matlamat syarikat itu untuk menyediakan perkhidmatan yang efisien, mudah dan pantas kepada orang ramai memandangkan ia boleh didapati secara dalam talian.

“Sebelum ini, Ikhlas Home Protect hanya dipromosikan melalui ejen takaful, kaunter cawangan Takaful Ikhlas serta saluran e-mel Salam Ikhlas.

“Kini, pelan perlindungan takaful rumah yang komprehensif ini boleh diakses di hujung jari bagi memudahkan orang ramai mendapatkannya dengan selamat.

“Selain daripada menyediakan perlindungan yang komprehensif untuk kediaman dan isi rumah, Ikhlas Home Protect juga dapat memberi pulangan lebihan (jika ada) sekiranya tiada tuntutan dibuat terhadap sijil,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pengenalan pelan dalam talian itu adalah bersempena Minggu Saham Digital (MSD) 2020 yang berlangsung sejak 18 hingga 24 November ini.

Lebih menarik lagi, pelan tersebut turut memberi perlindungan daripada kerugian atau kerosakan akibat banjir pada kediaman dan isi rumah peserta.

“Pelan perlindungan ini juga menyediakan manfaat tambahan ke atas bangunan kediaman yang meliputi tunai pendahuluan, bantuan pembiayaan kediaman dan kerosakan kepada cermin kaca serta isi rumah.

“Perlindungan ini merangkumi perlindungan harta di kawasan kediaman, kehilangan wang, kebakaran belukar dan lalang serta kerosakan harta benda akibat pokok tumbang atau ranting dan lain-lain,” kata syarikat itu.

Satu lagi keistimewaan Ikhlas Home Protect ialah peserta mendapat manfaat Ikhlas Wakaf & Endowmen.

“Melalui IWE, Takaful Ikhlas akan memperuntukkan RM1,000 atas nama peserta untuk sumbangan wakaf atau endowmen kepada institusi yang diiktiraf sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan,” katanya.

Prang ramai boleh melanggan pelan perlindungan Ikhlas Home Protect Takaful secara dalam talian di www.takaful-ikhlas.com.my dengan rebat sebanyak 15 peratus.

Orang ramai yang mendapatkan produk-produk Takaful Ikhlas sepanjang tempoh MSD juga berpeluang menyertai Cabutan Rezeki Ikhlas dan memenangi hadiah-hadiah menarik yang disediakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya