Projek Petronas LNG Kanada RM56.27b sedia buat penghantaran - Utusan Malaysia

Projek Petronas LNG Kanada RM56.27b sedia buat penghantaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Projek gas asli cecair (LNG) dijalankan LNG Canada iaitu syarikat 25 peratus kepunyaan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dilaporkan bersedia untuk membuat penghantaran.

Menurut laporan The Edge Markets memetik Vancouver Sun, projek LNG bernilai 18 bilion (RM56.27 bilion) terletak di Kitimat, British Columbia akan membuat penghantaran walaupun berhadapan krisis pandemik Covid-19.

Laporan tersebut memberitahu, kerja-kerja utama bagi projek tersebut sedang berjalan termasuk penyediaan tapak projek yang telah dimajukan, pemasangan cerucuk, pengorekan dan pembinaan terminal marin di Kitimat.

Pengarah Urusan Korporat LNG Kanada, Susannah Pierce dalam laporan tersebut berkata, syarikat itu dan kontraktor perolehan serta pembinaan kejuruteraannya, JGC Flour JV terus berjaya menghadapi saat-saat kritikal.

“Kami tetap komited untuk menghantar kargo pertama pada pertengahan dekad ini,” katanya dalam laporan tersebut.

Laporan tersebut turut menyebut projek berkenaan akan mencairkan gas asli dari timur laut British Columbia ke kilang Kitimat yang terletak di barat laut British Columbia yang mana ia akan dimuatkan dalam kapal dan dihantar ke pasaran Asia.

“Pemain utama yang menyokong projek ini termasuk Shell, Petronas (syarikat milik Malaysia), PetroChina, Mitsubishi di Jepun dan KOGAS milik Korea Selatan,” katanya.

Buat masa ini, lebih 3,200 pekerja sedang bekerja di tapak projek berkenaan yang telah mengambil pelbagai langkah keselamatan.

Sebelum ini, LNG Canada terpaksa memberhentikan 1,500 pekerja disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda.

Pada 2 Oktober 2018, Petronas mengumumkan telah mengambil keputusan muktamad mengenai pelaburan bersama LNG Canada bagi projek tersebut.

Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin sebelum itu turut menyatakan projek LNG pertama di Kanada itu bakal membuka jalan bagi menambah nilai sumber gas berkelas dunia di kawasan North Montney di samping mengukuhkan bekalan portfolio LNG bagi pasaran Asia.

Petronas berkata, entiti milik penuhnya, North Montney LNG Ltd. Partnership memiliki 25 peratus kepentingan dalam projek tersebut yang mana kerjasama itu turut disertai Royal Dutch Shell plc, PetroChina Co. Ltd., Mitsubishi Corp. dan Korea Gas Corp. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.