BNM umum KDNK S3 2020 hari ini - Utusan Malaysia

BNM umum KDNK S3 2020 hari ini

1mdb
MPC memutuskan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas setelah mengambil kira prospek pertumbuhan dalam negara yang terus berdaya tahan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara untuk suku ketiga (S3) 2020, hari ini.

Suku tersebut bagi tempoh Julai sehingga September, adalah suku yang mana ekonomi negara sedang mengalami pemulihan daripada kesan pandemik Covid-19.

Ekonomi negara dibuka beransur-ansur bermula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei sehingga 9 Jun lalu sebelum lebih banyak sektor ekonomi dibuka dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun.

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff menjangkakan KDNK suku ketiga adalah antara -3.5 hingga -5 peratus.

Ini bermakna ekonomi negara akan berada dalam kemelesetan kerana mencatat pertumbuhan negatif untuk dua suku tahun berturut-turut.

Untuk rekod, KDNK negara pada suku kedua adalah -17.1 peratus, prestasi terburuk ekonomi yang mengatasi prestasi pada suku kedua 1998, ketika negara dilanda Krisis Kewangan Asia.

“Tanda-tanda ekonomi semakin pulih sudah ada seperti peningkatan eksport, lebihan akaun semasa, kadar pengangguran menurun dan indeks pengeluaran menjadi positif.

“Oleh itu, daripada kadar -17.1 peratus pada suku kedua kepada nilai negatif satu digit pada suku ketiga dianggap sesuatu yang positif,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan unjuran hampir sama diberikan penganalisis ekonomi MIDF Research, Mazlina Abdul Rahman iaitu pada kadar -3.2 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN