BNM keluar syiling peringatan APEC 2020 - Utusan Malaysia

BNM keluar syiling peringatan APEC 2020

BAHAGIAN hadapan syiling peringatan APEC 2020 yang dikeluarkan oleh BNM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan sempena Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020.

Duit syiling peringatan ini dilancarkan bersempena dengan Mesyuarat Ketua-ketua Negara APEC hari ini.

Menurut BNM, duit syiling itu ditempa dengan dua teknik permukaan yang berbeza dengan menggunakan teknologi laser canggih dan digital frosting untuk mencipta kesan pelangi.

“Reka bentuk ini merupakan pengeluaran yang pertama seumpama itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Reka duit syiling adalah:

*Bahagian hadapan – Artistik 21 imej manusia (human figures) pada bahagian tengah, melambangkan kerjasama 21 negara APEC untuk mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan di rantau ini.

Perkataan Asia-Pacific Economic Cooperation 2020 dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala tema APEC 2020 iaitu “Optimising Human Potential Towards A Future Of Shared Prosperity” dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling.

BAHAGIAN belakang syiling peringatan APEC 2020 yang dikeluarkan oleh BNM.

* Bahagian belakang – Mengandungi elemen hiasan corak songket bunga pecah lapan yang menjadi latar belakang bahagian itu, melambangkan kekayaan budaya Malaysia. Nilai muka duit syiling dipaparkan pada bahagian tengah, manakala logo rasmi APEC 2020 terletak di bahagian bawah.

Jelas BNM lagi, spesifikasi kedua-dua duit syiling peringatan adalah:
* Syiling peringatan perak berwarna (pruf).
Diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan berat setiap keping ialah 31.1 gram.  Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan dijual pada harga RM253 sekeping. Sebanyak 1,000 keping telah ditempa.

* Syiling peringatan emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U)
Diperbuat terutamanya menggunakan tembaga dan berat setiap keping ialah 8.5 gram. Nilai muka duit syiling ini RM1 dan dijual pada harga RM13.20 sekeping. Sebanyak 15,000 keping telah ditempa.

“Terdapat juga duit syiling peringatan set dua dalam satu untuk jualan. Set ini mengandungi satu duit syiling perak dan satu duit syiling emas Nordic. Setiap set dijual pada harga RM308 dan terdapat 750 set sahaja. Harga termasuk 10 peatus Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.