TMK sumbang RM289.2 bilion - Utusan Malaysia

TMK sumbang RM289.2 bilion

TM terpaksa mematikan bekalan elektrik dan peralatan rangkaian di beberapa kawasan sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan penduduk di situ serta mengurangkan sebarang potensi risiko. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sumbangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) kepada ekonomi terus meningkat kepada RM289.2 bilion bersamaan 19.1 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, sumbangan tersebut merangkumi nilai ditambah kasar industri TMK sebanyak 12.9 peratus dan e-dagang bagi industri lain sebanyak 6.2 peratus.

Beliau berkata, nilai ditambah kasar industri TMK pada tahun lalu meningkat kepada RM195.3 bilion, tumbuh 6.6 peratus dengan penyumbang utama adalah perkhidmatan TMK (43.5 peratus), diikuti pembuatan TMK (33.7 peratus), perdagangan TMK (15.4 peratus) serta kandungan dan media (7.4 peratus).

“Penemuan ini seiring dengan pertumbuhan KDNK industri maklumat dan komunikasi pada 2019 iaitu sebanyak 6.8 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Uzir berkata, nilai ditambah kasar e-dagang pula meningkat kepada RM127 bilion tahun lalu, tumbuh sebanyak 8.4 peratus, berbanding RM117.2 bilion tahun sebelumnya.

Katanya, e-dagang bagi industri lain menyumbang 6.2 peratus kepada KDNK, manakala e-dagang bagi industri TMK pula sebanyak 2.2 peratus.

Beliau berkata, guna tenaga dalam industri TMK berjumlah 1.14 juta orang dan menyumbang 7.5 peratus kepada keseluruhan guna tenaga negara pada tahun dilaporkan.

“Sebahagian besar daripada guna tenaga dalam industri TMK diterajui oleh industri pembuatan TMK sebanyak 36.6 peratus, diikuti perkhidmatan TMK (28.7 peratus) dan perdagangan TMK (21 peratus),” katanya.

Mengulas situasi semasa wabak Covid-19, Mohd. Uzir berkata, aktiviti penggunaan teknologi digital dijangka berkembang ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac lalu.

“Ekoran daripada fenomena tersebut, kegiatan aktiviti ekonomi yang terbatas telah mendorong semua sektor berkaitan institusi pendidikan, sektor kerajaan dan swasta memanfaatkan sepenuhnya teknologi digital dalam norma baru.

“Oleh yang demikian, sumbangan TMK kepada sektor ekonomi dijangka meningkat pada 2020 disebabkan penglibatan aktif penggunaan platform dalam talian seperti pembelajaran digital, mesyuarat secara maya, transaksi jual beli dan e-dagang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya