fbpx

4 Disember 2020, 7:49 pm

  TERKINI

PGK tidak beri gambaran sebenar

BELANJAWAN 2021 langkah penting untuk membolehkan negara menghadapi krisis Covid-19 secara jitu dan maju dengan harapan serta keyakinan. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun telah dikemas kini, pendapatan garis kemiskinan (PGK) masih tidak menggambarkan keadaan kemiskinan sebenar di negara ini.

Felo Akademi Sains Malaysia, Dr. Madeline Berma berkata, PGK hanya mengukur kemiskinan melalui dimensi pendapatan sedangkan banyak dimensi lain perlu diambil kira untuk menggambarkan keadaan kemiskinan sebenar negara.

“PGK tidak menggambarkan keadaan sebenar kemiskinan ke­rana ia masih menggunakan pendapatan. Kita mahu kemiskinan itu diukur secara lebih holistik.

“Bagi saya, kita perlu gunakan indeks kemiskinan pelbagai dimensi yang turut mengambil kira dimensi pendidikan, kesihatan dan dimensi lain yang lebih holistik,” katanya.

Walau bagaimanapun, menurut penganalisis ekonomi itu, PGK penting bagi mengenal pasti golongan yang perlu diberikan bantuan.

Kata beliau, di­sebabkan bantuan yang boleh diberikan kerajaan adalah terhad, pengenalpastian kelompok yang memerlukan perlu dibuat secara teliti dan PGK dapat memudahkan proses tersebut.

PGK untuk Malaysia te­lah disemak semula Julai lalu dengan kadar asal RM980 yang diguna pakai sejak 2005 di­tingkatkan kepada RM2,208.

Melalui kadar baharu itu, Jabatan Perangkaan mendapati seramai 182,100 orang bersamaan 12.4 peratus penduduk di kawasan luar bandar dikategorikan sebagai miskin.

Peratus itu lebih dua kali ganda berbanding kadar kemiskinan nasional iaitu pada 5.6 peratus.

Walau bagaimanapun, jumlah penduduk bandar yang jatuh dalam kategori miskin lebih tinggi, iaitu 223,300 orang walaupun peratusnya jauh lebih sedikit, iaitu 3.8 peratus.

Ini memberi isyarat bahawa masalah miskin bandar di negara ini masih perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

Menurut Jabatan Perangkaan juga, majoriti mereka yang dika-tegorikan sebagai miskin adalah pekerja swasta dengan 43.9 peratus diikuti oleh mereka yang be­kerja sendiri dengan 37.6 peratus. – UTUSAN

POPULAR

BERITA BERKAITAN