MPOB hasilkan marjerin berjulat suhu besar - Utusan Malaysia

MPOB hasilkan marjerin berjulat suhu besar

Marjerin dihasilkan MPOB diformulasi dengan lemak khusus berasaskan sawit yang berupaya membentuk jaringan kristal minyak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sekumpulan penyelidik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menghasilkan formulasi marjerin dengan lemak struktur berasaskan sawit yang mempunyai julat suhu yang besar, iaitu dari lima hingga 35 darjah Celsius.

Ini menjadikan marjerin tersebut sesuai digunakan baik dalam suhu penyejukan (lima hingga 25 darjah Celsius) mahupun tanpa penyejukan (25 hingga 35 darjah Celsius).

Penyelidik utamanya, Dr. K. Sivaruby berkata, marjerin tersebut diformulasikan dengan lemak khusus berasaskan sawit yang berupaya membentuk ja­ringan kristal minyak untuk penstrukturan produk marjerin penyejukan dan tanpa penyejukan , menjadikannya sangat berbeza dari segi fizikal dan kimia.

“Formulasi marjerin ciptaan MPOB ini tidak memerlukan proses hidrogenasi untuk mencapai fungsi yang diperlukan.

“Keupayaan memerangkap minyak yang efektif dari formulasi ini membolehkan pembentukan jaringan kristal minyak yang kuat dan menyumbang kepada konsistensi serta tekstur produk marjerin yang baik untuk mengekalkan strukturnya pada suhu lima hingga 35 darjah Celsius,” katanya dalam kenya­taan di sini semalam.

Kemampuannya untuk bertahan dalam julat suhu yang besar menjadikan marjerin itu serba guna, sekali gus menggabungkan fungsi marjerin yang menggunakan dua formulasi berbeza, iaitu marjerin dengan penyejukan dan marjerin tanpa penyejukan.

Marjerin dengan penyejukan boleh digunakan terus dari peti sejuk dan tidak mengalami pemisahan minyak pada suhu penggunaan, sebaliknya marjerin tanpa penyejukan mempunyai takat lebur yang lebih tinggi kerana ia disimpan dalam julat suhu yang tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.