Hong Leong tawar pelan bantuan kad kredit - Utusan Malaysia

Hong Leong tawar pelan bantuan kad kredit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hong Leong Bank menawarkan Pelan Bantuan Pertukaran Kad Kredit kepada pelanggannya yang mempunyai masalah untuk melangsaikan bayaran tertunggak kad kredit.

Pelan itu merupakan sebahagian daripada usaha bank tersebut untuk membantu pelanggan yang terkesan dari segi kewangan  akibat pandemik Covid-19.

Menerusi pelan tersebut, pelanggan yang memohon boleh menukar tunggakan baki kad kredit kepada pinjaman dengan pelan ansuran 36 bulan pada kadar faedah 13 peratus setahun.

Permohonan untuk pelan tersebut dibuka sehingga 30 Jun tahun hadapan.

Ia sebahagian daripada inisiatif Hong Leong untuk bersama-sama membantu rakyat Malaysia yang mempunyai masalah kewangan akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain daripada melanjutkan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong, Domenic Fuda berkata, pihaknya akan terus membantu pelanggan mengikut kesesuaian situasi yang dialami mereka.

“Kita hidup dalam waktu yang tidak menentu dan kita masih belum keluar daripada ancaman Covid-19. Kami juga sedar bahawa pemulihan ekonomi akan mengambil masa serta perjalanan untuk pulih tidak sama untuk semua orang.

“Maka, Hong Leong terus fokus dan tangkas bagi memastikan kami menyediakan bantuan tambahan buat mereka yang memerlukan, seperti yang telah dilakukan pada Februari lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Domenic melihat, ketidaktentuan kewangan akan terus menghantui pelanggannya dan menjangkakan bantuan bayaran balik akan terus diperlukan, lebih-lebih lagi ketika gelombang ketiga Covid-19 mula menyerang negara semula.

Untuk itu, Hong Leong menyediakan bantuan yang fleksibel dan spesifik mengikut keperluan pelanggan, termasuk institusi perniagaan.

“Kami turut memberikan bantuan kepada pelanggan yang mahu mengembangkan perniagaan, mengautomasi atau mendigitalkan operasi, malah untuk individu yang mahu sumber kewangan baharu bagi memenuhi keperluan peribadi.

“Kami mahu memastikan bahawa kami menjalankan tanggungjawab dalam membantu peminjam sedia ada dengan komitmen kewangan dan juga mereka yang memerlukan sumber kewangan baharu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.