Covid-19: Pengendalian penumpang kapal pelayaran jatuh 70 peratus - Utusan Malaysia

Covid-19: Pengendalian penumpang kapal pelayaran jatuh 70 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Penularan wabak Covid-19 memberi impak besar kepada industri pelayaran negeri ini khususnya pengendalian penumpang menerusi pelabuhan Swettenham Pier Cruise di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Zairil Khir Johari, pengendalian penumpang di terminal pelayaran di bawah Penang Port Sdn. Bhd. (PSPB) itu dijangka jatuh sehingga 70.6 peratus tahun ini berbanding tahun lalu.

ZAIRIL KHIR JOHARI

“PPSB dijangka hanya dapat mengendalikan seramai 212,627 penumpang sahaja tahun ini berbanding seramai 733,789 penumpang tahun lalu,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Sektor pelancongan pelayaran di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi di Asia yang mana pelabuhan Georgetown menjadi pilihan utama pengunjung seperti direkodkan tahun lalu.

Dalam pada itu, menurut Zairil, pengendalian kontena menerusi pelabuhan di negeri ini juga dijangka turun 6.6 peratus tahun ini berbanding tahun lalu ekoran wabak Covid-19.

Katanya, pengendalian kontena tahun ini dijangka hanya sekitar 1,040,098 unit bersamaan 20 kaki (TEU) berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 1,113,618 TEU.

Tambahnya, selain pengendalian kontena, pengendalian kargo konvensional juga dijangka menyusut sebanyak 17.2 peratus berbanding pengendalian tahun lalu.

“Prestasi pengendalian kargo konvensional tahun 2019 adalah sebanyak 7,167,415 tan berat muatan (FWT) dan dijangka Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) hanya akan mengendalikan sebanyak 5,934,435 FWT tahun ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya