Capex MR D.I.Y RM438 juta - Utusan Malaysia

Capex MR D.I.Y RM438 juta

PENYENARAIAN MR D.I.Y di Bursa Malaysia semalam merupakan yang terbesar dalam tempoh tiga tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: MR D.I.Y Group (M) Berhad (MR D.I.Y) akan memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) berjumlah RM438 juta dalam tempoh dua tahun akan datang bagi membuka 307 cawangan baharu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arian Ong berkata, cawangan baharu itu akan melibatkan jenama MR D.I.Y, Mr. Dollar dan Mr. Toy.

“Sebagai sebuah perniagaan, kami fokus pada hal yang penting, iaitu menjalankan perniagaan dan pertumbuhan yang telah kami tetapkan.

“Seperti yang diketahui, kami memulakan perniagaan tahun ini dengan 593 kedai dan kami telah umumkan bahawa kami akan melancarkan 307 kedai baharu pada 2020 dan 2021, menjadikan keseluruhannya 900 kedai.

“Kami masih dalam landasan sasaran yang ditetapkan. Pasaran juga terus memihak kepada kami,” katanya dalam sidang akhbar secara maya semalam.

Semalam, MR D.I.Y membuat penampilan sulungnya dalam Bursa Malaysia.

Melalui penyenaraian itu, MR D.I.Y dijangka menerima modal pasaran kira-kira RM10 bilion sekali gus menjadikannya penyenaraian terbesar di Malaysia dalam tempoh tiga tahun.

Pada hari pertamanya, MR D.I.Y memulakan dagangan pada harga tidak berubah iaitu pada RM1.60 sesaham dengan 28,125,200 saham bertukar tangan.

Harga itu meningkat kepada RM1.75 ketika ditutup pada pukul 5 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya