Allianz Life, RHB Trustees bekerjasama - Utusan Malaysia

Allianz Life, RHB Trustees bekerjasama

TONY Chieng (kiri) dan Joseph Gross menunjukkan dokumen kerjasama antara Allianz Life dan RHB Trustees Berhad di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) bekerjasama dengan RHB Trustees Berhad untuk memberikan pelanggannya perkhidmatan pemegang amanah dalam membantu mereka mengurus serta melindungi pusaka.

Melalui kerjasama itu, bermula sekarang hingga 31 Di­sember 2021, Allianz Life akan merujuk pelanggannya yang mempunyai jumlah keseluruhan polisi insurans dengan jumlah yang diinsuranskan minimum RM500,000 kepada RHB Trustees.

Rujukan itu membolehkan pelanggan merangka amanah insurans dengan kadar tetap RM500, untuk diwarisi ahli keluarga mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life, Joseph Gross berkata, sebagai penanggung insurans, syarikat ingin menekankan kepentingan peranca­ngan pusaka dan perlindungan pendapatan kepada para pe­langgannya.

“Kita meluangkan seumur hidup untuk mengumpul kekayaan tetapi tidak memen­tingkan proses pentadbiran harta pusaka. Oleh sebab itu, waris mungkin tidak boleh mewarisi hak mereka,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambah Joseph, tanpa mengira jenis aset kekayaan, sama ada hartanah, akaun deposit tetap atau barang kemas, setiap individu harus meneliti cara untuk mewariskan harta dan aset mereka.

“Perancangan pusaka se­ring dikaitkan dengan memiliki wasiat dan bukti terakhir, tetapi ramai individu yang lebih cenderung menubuhkan sebuah amanah. Antara tarikan amanah ialah mengelak probet mahkamah (proses membuktikan secara rasmi kesahihan atau kesahan sesuatu wasiat) yang lama dan kos tidak perlu yang datang bersamanya. De­ngan amanah insurans, kami boleh memastikan ahli keluarga dijaga dengan baik,” tambah Gross.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif RHB Trustees, Kumpulan Perbankan RHB, Tony Chieng percaya, strategi pemindahan harta diperlukan dalam perancangan kewangan komprehensif.

Beliau berkata, laporan sta­tistik baru-baru ini menunjukkan 70 peratus rakyat Malaysia masih tidak mempunyai pe­rancangan harta betul.
“Kerjasama bersama Allianz ini merupakan langkah strategik RHB Trustees, yang membolehkan kami membantu masyarakat merancang secara profesional (harta pusaka) bagi melindungi orang yang mereka sayang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya