Syarikat teknologi ‘hilang’ AS$1 trilion - Utusan Malaysia

Syarikat teknologi ‘hilang’ AS$1 trilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Enam syarikat teknologi terbesar ‘kehilangan’ saham lebih daripada AS$1 trilion (RM4.17 trilion) hanya dalam tempoh tiga hari selepas berturut-turut mencapai paras tertinggi minggu lalu.

Permodalan pasaran Apple yang mencecah AS$2 trilion (RM8.35 trilion) pada 19 Ogos lalu, merosot kepada AS$325 bilion (RM1,356.06 bilion) dalam tempoh berkenaan.

Microsoft pula menyusut kepada AS$219 bilion (RM913.78 bilion) manakala Amazon merosot kepada AS$191 bilion (RM796.95 bilion) dan Alphabet turun kepada AS$135 bilion (RM563.29 bilion).

Saham Tesla jatuh 21 peratus, paras terburuk dalam sejarah syarikat itu, kepada AS$109 bilion (RM454.80 bilion) manakala Facebook merosot kepada AS$89 bilion (RM371.35 bilion).

Walau bagaimanapun, kerugian pasaran saham Amerika Syarikat (AS) sebanyak AS$1 trilion (RM4.17 trilion) itu tidak terlalu ketara kerana permodalan pasaran syarikat teknologi telah berkembang pesat pada tahun ini didorong oleh pandemik Covid-19.

Saham enam syarikat teknologi tersebut berjumlah AS$5 trilion (RM20.86 trilion) pada Rabu minggu lalu, dan kini saham mereka telah mencapai AS$8.2 trilion (RM34.21 trilion).

Bagaimanapun, gabungan permodalan pasaran syarikat-syarikat itu mencecah AS$7.1 trilion (RM29.62 trilion) pada penutupan dagangan, kelmarin.

Walaupun mengalami kerugian besar selama beberapa hari, saham enam syarikat teknologi itu masih bernilai AS$2.1 trilion (RM8.76 trilion), lebih banyak berbanding pada awal tahun ini, meskipun terkesan dengan peningkatan kes Covid-19 dan pengangguran yang tinggi di AS.

Pakar percukaian di Jefferies, Jared Weisfeld memberitahu Fast Money CNBC, pasaran saham Apple yang menjunam pada paras AS$325 bilion (RM1,356.06 bilion), membantu meletakkannya pada perspektif kira-kira 1.5 Salesforces dan bersamaan dengan unjuran pendapatan Apple bagi tahun-tahun akan datang.

Katanya, walaupun jumlah kerugian itu besar, namun syarikat teknologi tersebut telah memberi lonjakan nilai pada pasaran tahun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya