Supermax beli tanah RM73.49 juta - Utusan Malaysia

Supermax beli tanah RM73.49 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Supermax Corporation Bhd. menerusi anak syarikat milik penuh­nya, Maxter Glove Manufactu­ring Sdn. Bhd. menyelesaikan pembelian dua bidang tanah pega­ngan bebas daripada anak syarikat milik penuh SP Setia Bhd. iaitu Bandar Setia Alam Sdn. Bhd. bernilai RM73.49 juta.

Menurut Supermax dalam makluman kepada Bursa Malaysia, rasional cadangan pembelian kedua-dua tanah tersebut adalah untuk membina ibu pejabat operasi Maxter Glove Manufacturing yang akan melengkapkan keperluan operasi masa hadapan.

Katanya, pembelian tersebut melibatkan dua bidang tanah berkeluasan kira-kira dua hektar yang terletak di mukim Bukit Raja, Petaling.

“Selain kelulusan Unit Pe­rancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, cadangan pembelian itu tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham syarikat atau pihak berkuasa kawal selia lain.

“Cadangan pembelian akan dibiayai menerusi dana dalaman dan pinjaman bank. Gabungan antara kedua-dua dana itu ditentukan pada satu tarikh akan datang,” katanya dalam makluman itu.

Supermax berkata, cada­ngan pembelian kedua-dua tanah itu dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan.

Kedua-dua tanah yang dibeli Maxter Glove Manufacturing itu masing-masing berharga RM35.01 juta bagi 0.95 hektar tanah dan RM38.48 juta bagi 1.04 hektar tanah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya