SkyMeridien kediaman mewah mampu milik - Utusan Malaysia

SkyMeridien kediaman mewah mampu milik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bagi sesiapa yang mengimpikan kediaman resort pada harga mampu milik, SkyMeridien @ Sentul East, Kuala Lumpur adalah jawapannya.

Kediaman berservis 39 tingkat yang dibangunkan anak syarikat SkyWorld Group, SkyMeridien Development Sdn. Bhd. itu hadir dengan pelbagai fasiliti menarik umpama berada di resort di tengah ibu negara.

SkyMeridien dibangunkan di atas tanah berkeluasan 2.94 ekar yang terletak di Bandar Baru Sentul dan mempunyai akses tinggi apatah lagi kedudukannya hanya 300 meter dari stesen transit aliran ringan (LRT) Sentul Timur dan bersebelahan dengan beberapa lebuh raya utama ibu kota seperti Lebuh Raya DUKE, DUKE 2, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan juga terowong SMART.

Kondominium mewah dua blok ini mengandungi 780 unit kediaman dengan Blok A meliputi 414 unit manakala selebih 366 unit di Blok B. Kedua-dua blok tersebut merangkumi 32 fasiliti berkualiti tinggi sesuai dengan kehidupan menarik di tengah kota raya.

Antara fasiliti terbaik yang ditawarkan SkyMeridien adalah gimnasium unik tiga konsep iaitu gim luaran, dalaman dan hidro; gelanggang futsal 3-on-3; dinding mendaki, gelanggang bola keranjang bersaiz separuh; jakuzi spa, kolam renang berombak dan juga kolam renang bersaiz Olimpik.

Lebih mengagumkan, setiap fasiliti air yang dikemukakan oleh SkyMeridien dilengkapi dengan kolam renang berair masin yang tentunya menawarkan pengalaman berbeza.

SkyMeridien yang menawarkan konsep ‘Semi-D atas kayangan’ tampil dengan lima jenis kediaman saiz berbeza iaitu jenis A (581 kaki persegi) dengan satu bilik tidur; jenis B (794 kaki persegi) dua bilik tidur; jenis C (982 kaki persegi) tiga bilik tidur; jenis D (1,200 kaki persegi) merangkumi tiga + satu bilik tidur dan jenis E (1,318 kaki persegi) yang juga tampil dengan tiga + satu bilik tidur. Pembeli bagi kediaman bersaiz besar iaitu jenis D dan E yang ditawarkan pada harga RM680,000 ke atas juga akan memperoleh tiga hingga empat tempat parkir.

Pembeli turut berpeluang memperoleh penjimatan sehingga RM99,000 menerusi Kempen Pemilikan Rumah 2020 (HOC 2020) yang diperkenalkan oleh kerajaan sekiranya berminat mendapatkan SkyMeridien.

Setiap unit kediaman hadir dengan tingkat ‘Juliet’ yang bukan sahaja memberi pengalaman unik dan nilai estetika tinggi tetapi juga sangat praktikal kepada balkoni serta mementingkan keselamatan kepada penghuni di samping menambahkan versatiliti kepada ruang tamu.

 

Demi mementingkan kesejahteraan penduduk, SkyMeridien turut dilengkapi dengan keselamatan terbaik menerusi empat tahap yang hanya boleh diakses melalui kad peribadi di pengawal keselamatan, lif lobi, lobi tempat letak kereta dan lift ke kediaman serta fasiliti di tingkat lapan.

Setiap tingkat tempat letak kereta dan lift juga dilengkapi dengan pengawasan kamera litar tertutup (CCTV).

Apa yang lebih menarik, SkyMeridien terletak di kawasan strategik merangkumi beberapa kawasan berpenduduk yang membangun termasuk Setapak, Mont Kiara, Titiwangsa, Hartamas dan Jalan Ipoh.

SkyMeridien ternyata sebuah kediaman impian apatah lagi ia merupakan projek yang telah berjaya memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Hartanah Asia Pasifik (APPA) bagi Seni Bina Kediaman Bertingkat Terbaik di Malaysia 2019-2020; Apartmen / Kondominium Terbaik di Malaysia APPA 2019-2020 dan Pemenang Anugerah Kecemerlangan Mesra Keluarga StarProperty bagi Pembangunan Pusat Keluarga Terbaik 2019.

SkyWorld Group sememangnya mementingkan kualiti tinggi bagi setiap kediaman yang dibangunkan lebih-lebih lagi setiap projek yang dibina perlu menerima pengesahan Sistem Penilaian Kualiti Dalam Pembinaan (QLASSIC) atau CONQUAS dengan markah 70 hingga 80 peratus sekali gus menonjolkan komitmen syarikat itu bagi setiap projek yang dikendalikannya.

Pembeli tentunya berpuas hati dengan kediaman berkualiti yang mampu bertahan untuk beberapa generasi akan datang.

Untuk keterangan lanjut, bakal pembeli yang berminat mendapatkan maklumat mengenai SkyMeridien boleh melawat sendiri di SkyWorld Gallery @ Sentul, melayari laman web SkyMeridien di www.skyworld.my/skymeridien atau menghubungi talian 03-9212 3050. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya