Sasar langganan Unifi PKS naik 20% - Utusan Malaysia

Sasar langganan Unifi PKS naik 20%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rangkaian jalur lebar (Unifi) Telekom Malaysia Berhad (TM) menyasarkan peningkatan 15 hingga 20 peratus bagi langganan internet Unifi dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjelang hujung tahun ini.

Naib Presiden dan Ketua Pemasaran PKS di Unifi, Azmi Abdullah berkata, pihaknya mendapati langganan Unifi meningkat pada Jun, Julai dan Ogos apabila kebanyakan PKS telah beralih arah kepada perusahaan digital.

“Kita jangkakan pertumbuhan positif ini berterusan sehingga September berdasarkan trend bulan ke bulan yang dilihat susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memaksa PKS untuk menukar cara perniagaan mereka.

“Sehingga kini kami mempunyai 220,000 pelanggan dalam kalangan PKS dan keseluruhannya 400,000 termasuk pelanggan Streamyx,” katanya kepada pemberita pada Sesi Coffee & Connect di sini, semalam.

Azmi berkata, pihaknya memahami situasi PKS yang terkesan dalam tempoh yang mencabar ini dan Unifi telah menyegarkan semula tawarannya di bawah unifi Business Club (uBC) untuk membolehkan usahawan tempatan dapat menjimatkan kos, meningkatkan pendapatan mereka dan menjadi lebih mampan.

“Sepanjang PKP, kami telah mendapat maklum balas daripada pelanggan PKS dan mengenal pasti cabaran utama yang dihadapi oleh mereka.

“Oleh itu, sebagai tindak balas, kami telah menawarkan pelbagai sokongan dan penyelesaian perniagaan di bawah uBC untuk membantu pelanggan PKS kami merealisasikan potensi penuh mereka,” katanya.

Tambahnya, selain inisiatif itu, Unifi juga membantu ahli uBC untuk mengakses kepada sokongan penting dengan menjalin kerjasama strategik kepada penyedia penyelesaian terbaik dalam setiap kategori.

Ujar Azmi, PKS yang berminat untuk mengembangkan perniagaan mereka, Unifi menawarkan pengiklanan percuma di Unifi TV dan platform penyenaraian perniagaan percuma di cari@unifi.

“PKS boleh menjangkau lebih banyak pelanggan dalam talian. Unifi juga telah mengadakan siri webinar percuma untuk membimbing PKS dalam pemasaran digital, penjenamaan dan pengurusan sumber.

“Selain itu, PKS yang memerlukan bantuan kewangan boleh menghubungi rakan perbankan kami, SME Bank dan RHB Bank,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya