Prospek pertumbuhan AppAsia positif - Utusan Malaysia

Prospek pertumbuhan AppAsia positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Prospek pertumbuhan tahunan AppAsia Bhd. iaitu penyedia platform digital dijangka terus positif walaupun berhadapan cabaran perniagaan ketika ini. 

Menurut Ketua Analisis Rakuten Trade Research, Kenny Yee Shen Pin dalam nota penyelidikan, prospek berkenaan adalah berdasarkan pendapatan kukuh daripada platformnya, eConfirm.my dan kerjasama dengan anak syarikat Telekom Malaysia Bhd. (TM) baru-baru ini. 

“Pemangkin pertumbuhan seterusnya adalah menerusi perjanjian kerjasama dengan anak syarikat TM untuk mengubah buku ‘Yellow Pages Business Directory’ ke dalam pasaran komuniti perniagaan digital. 

“Ia mempunyai model perkongsian hasil dengan TM di mana kami percaya merupakan langkah strategik yang membantu pertumbuhan akan datang. 

“Yellow Pages merupakan direktori perniagaan terkemuka di Malaysia dengan pencarian dalam talian sebanyak 500,000 entiti perniagaan,” katanya dalam nota kajian itu. 

AppAsia merupakan platform digital pembangun eConfirm.my yang merupakan platform pengesahan bank elektronik pertama dan satu-satunya di Malaysia. 

Setakat ini, platform berkenaan telah mengumpulkan sebanyak 13 institusi perbankan dan lebih 400 firma audit di Malaysia yang meliputi hampir 80 peratus pasaran. 

Platform berkenaan ditubuhkan menerusi perjanjian kerjasama dengan Institut Akauntan Malaysia (MIA) selama 12 tahun sehingga 2030 berdasarkan model hasil asas pembayaran bagi setiap transaksi dengan RM15 bagi setiap pengesahan berjaya. 

Pelaburan Mara adalah pemegang saham institusi terbesar dalam AppAsia menerusi pegangan saham sebanyak 21.29 juta atau 6.06 peratus. 

Dalam masa yang sama, Rakuten Trade turut menyarankan ‘beli’ bagi saham AppAsia dengan sasaran harga (TP) ditingkatkan kepada RM1.18 daripada RM0.73. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya