Produktiviti AS meningkat 10.1% - Utusan Malaysia

Produktiviti AS meningkat 10.1%

Keputusan kerajaan Amerika Syarikat mengurangkan jumlah jam bekerja, berjaya meningkatkan produktiviti suku kedua negara berkenaan. Langkah itu juga dilaporkan membantu usaha mengekang penularan wabak Covid-19. ­– GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Produktiviti Amerika Syarikat (AS) meningkat pada kadar 10.1 peratus pada suku kedua tahun ini apabila negara itu mengurangkan jumlah jam bekerja.

Jabatan Buruh menyatakan, jumlah jam bekerja turun sebanyak 42.9 peratus menyumbang kepada penurunan pengeluaran sebanyak 37.1 peratus ketika pandemik Covid-19 sekali gus melemahkan ekonomi AS.

Penurunan pengeluaran itu adalah yang terbesar sejak 1947.

Dalam anggaran kedua dan terakhir bagi suku kedua, kerajaan menyatakan kos buruh meningkat sembilan peratus, sedikit rendah daripada anggaran pertama bulan lalu sebanyak 12.2 peratus.

Anggaran asal untuk produktiviti adalah sebanyak 7.3 peratus.

Produktiviti jumlah pengeluaran mengikut jam kerja adalah kunci bagi peningkatan taraf hidup manakala pertumbuhan yang perlahan dalam beberapa tahun terakhir turut menyumbang kepada kenaikan upah yang rendah.

Tahun kemelesetan teruk bermula antara 2000 dan 2007 telah menunjukkan produktiviti tahunan meningkat kira-kira 2.7 peratus namun sejak itu produktiviti dilihat semakin perlahan kepada separuh daripada jumlah itu dan meningkat pada kadar tahunan purata 1.4 peratus pada tempoh antara 2007 dan 2019.

Kadar itu meningkat kepada 1.9 peratus pada 2019, menunjukkan kebangkitan semula produktiviti namun kesan pandemik Covid-19 pada suku pertama 2020, menenggelamkan kemajuan ekonomi.

Pada minggu lalu, kerajaan melaporkan penurunan 31.7 peratus keluaran domestik kasar suku kedua, petunjuk nilai barangan yang dihasilkan negara dalam tempoh April hingga Jun.

Ini adalah penurunan paling mendadak direkodkan sejak 1947, yang telah menutup sebahagian besar perniagaan sekali gus menyebabkan berjuta-juta pekerja kehilangan pekerjaan.

Pentadbiran Presiden AS, Donald Trump telah meramalkan akan berlaku pemulihan ekonomi pada suku ketiga namun kebanyakan ahli ekonomi berpendapat sebaliknya selagi kes Covid-19 terus meningkat.

Ahli-ahli ekonomi juga berpendapat, gangguan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 kemungkinan akan menghalang produktiviti pada suku akan datang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya