fbpx

26 Oktober 2020, 5:38 pm

  TERKINI

MaGIC anjur E-Nation bimbing usahawan

MaGIC di bawah Dzuleira Abu Bakar, sentiasa komited membantu usahawan tempatan mengembangkan perniagaan mereka melalui platform digital.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) akan mengadakan Simposium Keusahawanan Kebangsaan (E-Nation) pada 20 hingga 23 Oktober ini yang bakal mengumpulkan 65 penceramah dan moderator tempatan serta antarabangsa.

Simposium kedua di kampus MaGIC, Cyberjaya itu dijangka akan disertai 1,000 peserta me­lalui platform hibrid maya bagi mematuhi penjarakan fizikal.

Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC, Dzuleira Abu Bakar berkata, peserta akan mendapat akses kepada sesi bim­bingan dengan usahawan berpengalaman, penasihat dan pelabur dari seluruh rantau ini.

“Simposium itu menampilkan penglibatan usahawan, inovator, pengawal selia, pelabur, pembuat dasar dan pemimpin industri yang menekankan aspek kreatif, inovasi korporat, pendidikan, keusahawanan, dasar dan keusahawanan sosial.

“E-Nation menampilkan panel korporat antaranya Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin; bekas Perdana Menteri Korea Selatan, Dr. Un-Chan Chung; bekas Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark; Pensyarah Kejuruteraan Risiko, Universiti New York, Prof. Nassim Nicholas Taleb dan Ketua Google Malaysia, Marc Woo,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dzuleira berkata, E-Nation kali ini bertemakan ‘Memacu ekonomi yang berdaya tahan’, disokong oleh tiga tonggak utama iaitu mencakup perubahan, mengaktifkan teknologi dan memperkasa masyarakat.

“Ketiga-tiga tonggak tersebut bertepatan dengan kesan pandemik Covid-19 yang bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan awam tetapi juga menyebabkan kemelesetan global,” katanya.

Tambahnya, Covid-19 telah mempercepat dan mencipta peluang bagi negara untuk bangkit kembali dan memba­ngun ketahanan ekonomi me­lalui inovasi serta kreativiti.

“Kita perlu melakukan perubahan untuk memastikan pertumbuhan dan kelestarian perniagaan. Dengan mengaktifkan teknologi, seperti pene­rapan kecerdasan buatan atau robotik, kita dapat memperkasakan semula cara perusahaan dan usaha untuk mengubah masa depan,” katanya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN