Jepun, Malaysia tandatangani Pengaturan Swap Dua Hala  - Utusan Malaysia

Jepun, Malaysia tandatangani Pengaturan Swap Dua Hala 

1mdb
MPC memutuskan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas setelah mengambil kira prospek pertumbuhan dalam negara yang terus berdaya tahan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Japan menandatangani Pengaturan Swap Dua Hala (BSA) kedua, hari ini.

BNM dalam kenyataan berkata, BSA yang ditandatangani membolehkan kedua-kedua pihak berkuasa menjalankan urus niaga swap mata wang tempatan masing-masing iaitu yen Jepun dan ringgit Malaysia untuk dolar Amerika Syarikat (AS). 

Pengaturan itu menyediakan sehingga AS$3 bilion (RM12.4 bilion) bagi kedua-dua negara.

“BSA ini mencerminkan kerjasama kewangan dua hala yang berterusan antara Jepun dan Malaysia yang akan menyumbang ke arah kestabilan pasaran kewangan.

“Kerjasama ini akan terus memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan yang sedang berkembang antara kedua-dua negara,” katanya dalam kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya