IHH ambil alih Prince Court RM1.02 bilion - Utusan Malaysia

IHH ambil alih Prince Court RM1.02 bilion

Prince Court Medical Centre menawarkan perkhidmatan dan penjagaan kesihatan terbaik kepada pesakit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: IHH Healthcare, melalui anak syarikatnya, Pantai Hospital Sdn. Bhd. mengambil alih 100 peratus kepentingan dalam Prince Court Medical Centre pada harga RM1.02 bilion.

Pengambil alihan itu membolehkan kumpulan mengembangkan rangkaian hospital dan menyatukan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang ditawarkan di ibu negara.

Prince Court mempunyai kemudahan 277 katil bujang, terletak di kawasan segi tiga emas di ibu kota.

Ia menawarkan perkhidmatan perubatan termasuk pembedahan, onkologi, gastroenterologi, kardiologi intervensi, neoforologi, ortopedik, rawatan rehabilitasi, persenyawaan vitro dan kesihatan pekerjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Operasi Malaysia IHH, Jean-Francois Naa berkata, Prince Court akan melengkapkan strategi IHH untuk menjadi hospital pakar di sini.

Ketika ini katanya, terdapat tiga Hospital Pantai dan sebuah Hospital Gleaneagles yang menawarkan perkhidmatan kesihatan untuk komuniti di bandar ini.

“Kami boleh memanfaatkan gabungan kepakaran dan kecemerlangan untuk menawarkan perkhidmatan yang optimum dan komprehentif kepada pesakit tempatan dan luar negara.

“Perkhidmatan klinikal di Prince Court akan berjalan seperti biasa dan pesakit akan terus mendapat penjagaan terbaik,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Tambah beliau, IHH juga akan melabur dalam Prince Court untuk meningkatkan pengalaman pesakit seiring dengan jenama hospital berkenaan.

IHH kini mengendalikan 16 hospital di seluruh negara termasuk 11 Hospital Pantai, empat Hospital Gleaneagles dan Prince Court. Ke­semua hospital berkenaan menawarkan 2,900 katil dengan 11,000 kakitangan dan 1,000 konsultan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya