Honda Civic, BR-V perkenal warna platinum white pearl - Utusan Malaysia

Honda Civic, BR-V perkenal warna platinum white pearl

Honda BR-V baharu bakal memasuki pasaran pada November depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia (Honda) memper­kenalkan pilihan warna baharu platinum white pearl bagi dua model ken­deraaannya, Civic dan BR-V baharu menggantikan warna white orchid pearl.

Warna platinum white pearl itu julung kali diperkenalkan sebaris dengan barisan model Honda lain, iaitu kende­raan serbaguna (MPV), Odyssey dan sedan eksekutif segmen D, Accord Generasi ke-10.

Honda dalam kenyataan memaklumkan, pilihan warna baharu itu melengkapkan keanggunan dan gaya Civic serta daya tarikan dan kesukanan BR-V baharu yang sa­ngat sesuai untuk pelbagai gaya hidup.

Civic platinum white pearl kini telah berada di pasaran manakala BR-V baharu bagi warna itu dijangka berada di pasaran pada November 2020.

Bagi surcaj platinum white pearl yang diperkenalkan pada Civic dan BR-V baharu adalah RM272.73 tertakluk pada harga yang boleh berubah tanpa notis.

Selain itu, pelanggan dapat menikmati VTEC 1.5L yang hebat dengan mesin turbocharged yang menghasilkan output kuasa maksimum 173PS dan tork maksimum 220Nm.

Ciri keselamatan Civic yang diperbaiki ditingkatkan de­ngan Honda Teknologi Ke­selamatan Lanjutan Generasi Seterusnya iaitu Honda SENSING, bagi varian 1.5TC-P dan juga Honda LaneWatch bagi varian 1.5TC dan 1.5TC-P.

Sehingga kini, kedua-dua model itu mendominasi segmen masing-masing dengan sumbangan besar kepada ke­seluruhan penjualan Honda di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya