Hari Terbuka Agrobank 19 dan 23 September - Utusan Malaysia

Hari Terbuka Agrobank 19 dan 23 September

KHADIJAH ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Agrobank akan mengadakan hari terbuka di semua 136 cawangannya di seluruh negara pada 19 dan 23 September ini bagi membantu pelanggan dalam membuat pembayaran balik pembiayaan mereka setelah tempoh moratorium berakhir pada 30 September ini.

Hari terbuka itu bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang, bertujuan memberi bantuan dan membolehkan pelanggan menangguhkan pembayaran pembiayaan, memohon pengurangan ansuran atau menyusun semula pembiayaan mereka untuk jangka masa tertentu, mengikut kes masing-masing.

Menurut Penanggung Tugas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar, pelanggan yang terjejas digalakkan datang ke bank dan akan dipertimbangkan jenis bantuan atau pertolongan yang sesuai bagi pembiayaan peribadi atau perniagaan semasa mereka.

“Penamatan moratorium automatik selama enam bulan pada 30 September ini tidak bermakna Agrobank akan melepaskan komitmen dalam menyediakan perkhidmatan pembiayaan optimum kepada pelanggan dalam jangka panjang.

“Pada hari terbuka itu, kami menggalakkan para pelanggan datang ke mana-mana cawangan Agrobank di seluruh negara, mengadakan perbincangan secara bersemuka untuk lebih memahami pilihan bantuan pembayaran yang ada bagi membantu mereka melalui tempoh pemulihan Covid-19 ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Khadijah berkata, pelanggan amat penting bagi Agrobank dan akan sentiasa berdiri teguh bersama mereka serta akan terus melakukan apa yang betul pada waktu yang mencabar ini untuk memastikan keperluan kewangan mereka dijaga dengan baik. 

“Agrobank juga telah secara proaktif bertemu dengan para pelanggan untuk memahami keadaan kewangan mereka dengan lebih baik setelah tempoh moratorium berakhir dan juga untuk mencari penyelesaian melalui pelbagai siri bimbingan perniagaan, Klinik Bisnes, sesi webinar dan beberapa inisiatif lain dari Mac hingga September,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.