FinCEN: Public Bank akan bekerjasama dengan pihak berkuasa - Utusan Malaysia

FinCEN: Public Bank akan bekerjasama dengan pihak berkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Public Bank Berhad (Public Bank) terus komited dalam usaha untuk memerangi jenayah kewangan dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengekalkan integriti sistem kewangan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek berkata, pihaknya memandang serius usaha memerangi jenayah kewangan dan mematuhi semua keperluan undang-undang, pengawalseliaan serta peraturan yang diterima pakai bagi melindungi pelanggan dan sistem perbankannya daripada ancaman.

Beliau berkata, Public Bank mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi membolehkan sistem bank itu mengesan dan melaporkan urus niaga yang mencurigakan kepada pihak berkuasa.

Malah katanya, sumber yang besar juga diperuntukkan ke arah memperkukuh dan mengekalkan kawalan dalaman bagi tujuan yang sama.

“Public Bank tertakluk pada pengaturan ketat dalam melindungi kerahsiaan dan keselamatan mengenai pelaporan urus niaga yang mencurigakan dalam lingkungan persekitaran sistem teknologi maklumat (IT) dan kawalan maklumat yang terjamin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai kebocoran Rangkaian Penguatkuasaan Jenayah Kewangan Amerika Syarikat (FinCEN) yang melibatkan beberapa buah bank dengan nama Public Bank turut disebut.

Menurut laporan itu, Malaysia menjadi antara destinasi pemindahan wang haram yang dilakukan bank sejak dua dekad lalu hingga 2017.

Laporan BuzzFeed dan beberapa media lain yang memetik dokumen yang diserahkan bank kepada FinCEN turut melibatkan transaksi Low Taek Jho atau Jho Low yang terkait dalam kes 1MDB.

Antara bank yang banyak disebut dalam laporan aktiviti mencurigakan itu adalah HSBC, JPMorgan, Deutsche Bank, Standard Chartered dan Bank of New York Mellon.

Ah Lek berkata, memantau dan melaporkan urus niaga yang mencurigakan adalah sebahagian daripada kewajipan di bawah rangka kerja ‘anti-money laundering/counter financing of terrorism’
(AML/CFT).

“Public Bank tertakluk pada pengaturan ketat dalam melindungi kerahsiaan dan keselamatan mengenai pelaporan urus niaga yang mencurigakan dalam lingkungan persekitaran sistem teknologi maklumat (IT) dan kawalan maklumat yang terjamin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya