FGV sumbang RM5j - Utusan Malaysia

FGV sumbang RM5j

Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd. (FGV) menyumbang sebanyak RM5 juta setahun kepada Yayasan Felda sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan, FGV berpeluang menyediakan sokongan signifikan terhadap pendidikan, kebajikan dan kesihatan yang menjadi aktiviti utama Yayasan Felda sejak ditubuhkan pada 2009 menerusi sumbangan tersebut.

Katanya, sebahagian daripada sumbangan tahunan itu diagihkan kepada Pusat Haemodialisis Felda (PHF) yang dikendalikan Yayasan Felda.

Beliau berkata, pusat itu menyediakan rawatan dialisis untuk golongan berpendapatan rendah (B40) serta pesakit yang tidak mempunyai tajaan atau perlindungan insurans.

Pusat itu mampu mengendahlikan 120 pesakit serta memiliki 20 mesin dialisis dan seramai 15 petugas.

“Sebagai sebuah syarikat bertanggungjawab dan prihatin, FGV amat peka terhadap mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami juga tidak melupakan pengorbanan dan dedikasi petugas barisan hadapan yang memberikan perkhidmatan terbaik meskipun berhadapan risiko yang tinggi. Diharap sumbangan daripada FGV ini dapat membantu kewangan pesakit dan petugas,” katanya dalam kenyataan semalam.

Minggu lalu, FGV menyalurkan zakat perniagaan sebanyak RM52,500 kepada semua pesakit dan petugas di PHF.

April lalu, FGV menyalurkan zakat wakalah sebanyak RM100,000 kepada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan dan RM26,434.75 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak untuk membantu petugas barisan hadapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya