Etiqa Takaful lantik CEO baharu - Utusan Malaysia

Etiqa Takaful lantik CEO baharu

Shahrul Azuan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Etiqa General Takaful Berhad (Etiqa Takaful) mengumumkan pelantikan Shahrul Azuan Mohamed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa, kelmarin.

Shahrul Azuan yang merupakan Ketua Pegawai Agensi mengambil alih jawatan tersebut daripada Zaharudin Daud bagi mengemudi perniagaan takaful am dan memantau perkembangan Etiqa Takaful.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etiqa Insurance, Kamaludin Ahmad berkata, pihaknya berbesar hati dalam mengalu-alukan Shahrul Azuan.

“Beliau mempunyai pe­ngalaman luas selama 29 tahun dalam industri insurans dan takaful, dengan telah memberikan sumbangan yang besar terhadap perniagaan Etiqa semasa beliau menjadi Ketua Pegawai Agensi sebelum ini.

“Beliau mempunyai rekod prestasi yang memberangsangkan iaitu keupayaan pemulihan perniagaan dan beberapa pencapaian utama termasuk memacu peningkatan dalam pengeluaran Agensi Umum Etiqa sebanyak 61 peratus sejak 2016 di dalam pasaran yang pada masa itu mendatar.

“Malah peningkatan Pre­mium Tahunan Tahun Pertama untuk Agensi Hayat seba­nyak 87 peratus dalam tempoh yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, pihaknya sangat teruja untuk melihat Shahrul Azuan mengemudi komitmen Etiqa Takaful ke peringkat yang lebih tinggi dalam mencipta pengalaman yang Fast and Easy bagi pe­langgan, sama ada untuk membeli, mengemukakan tuntutan atau menerima pembayaran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya