Diskaun bil elektrik cecah RM1.67 bilion - Utusan Malaysia

Diskaun bil elektrik cecah RM1.67 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan me­lalui Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menyalurkan diskaun bil elektrik sebanyak RM1.67 bilion kepada kira-kira tujuh juta pengguna domestik.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu terkumpul sejak mula pelaksanaan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) pada April sehingga 31 Ogos lalu.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM181.7 juta adalah diskaun yang diberikan kepada 1.4 juta sektor komersial.

Perkembangan BPE adalah salah satu perkara yang disenaraikan dalam Laporan Pelaksa­naan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Laksana) ke-20 yang dikeluarkan semalam.

Sementara itu, Skim Pengeluaran i-Lestari juga menunjukkan kemajuan positif apabila jumlah pengeluaran kumulatifnya meningkat daripada RM7.48 bilion pada minggu lalu kepada RM7.54 bilion minggu ini.

Malah, jumlah penerimanya juga meningkat daripada 4.57 juta minggu lalu kepada 4.59 juta minggu ini.
“Perancangan persaraan ada­lah penting dan orang ramai disyorkan untuk menggunakan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) yang disediakan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara percuma,” kata Tengku Zafrul.

Menurut beliau, perkemba­ngan positif turut dicatatkan untuk Dana Pinjaman Mudah Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) apabila setakat 28 Ogos lalu, jumlah permohonan yang telah diluluskan oleh bank tempatan dan disetuju terima oleh PKS adalah sebanyak RM10.3 bilion, peningkatan daripada RM10.2 bilion minggu lalu.

“Jumlah ini akan memberi manfaat kepada 22,400 PKS, peningkatan daripada 22,322 PKS minggu lalu.

“Jumlah ini termasuk dana Kemudahan Bantuan Khas (SRF), Kemudahan Automasi dan Pendigitalan (ADF), Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES) dan Kemudahan Agromakanan (AF),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya