Ceburi kerjaya perunding hartanah - Utusan Malaysia

Ceburi kerjaya perunding hartanah

Mohd. Izhar Ahmad (kanan) menerima cenderamata selepas merasmikan Seminar Grow Perunding Hartanah Bumiputera Daerah Kluang dan Pelancaran Kelab Pelaburan Harta Tanah Bumiputera Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Masyarakat bumiputera terutama golongan belia di Johor digesa menceburi kerjaya perunding hartanah yang menjanjikan pendapatan lumayan termasuk imbuhan komisen boleh mencecah RM5,000 hingga RM100,000 sebulan.

Pengerusi Kelab Pelaburan Harta Tanah Bumiputera Johor, Kamal Ariffin Abdul Rahman berkata, mereka perlu merebut peluang itu kerana ramai yang kini menganggur akibat kesan pandemik Covid-19.

“Sejumlah 5,627 unit kediaman dan premis komersial belum terjual di Johor berbanding daripada jumlah keseluruhan 30,664 unit hartanah seluruh negara. Pasaran ‘sub sale’ dan lelongan unit kediaman ini sangat luas memandangkan nilai keseluruhan unit apartmen yang belum terjual sahaja mencecah RM8.3 bilion.

“Pada Julai tahun lalu, sebanyak 51,459 unit dengan nilai RM36.754 bilion dalam sektor hartanah tidak terjual di Johor membabitkan kediaman, komersial dan industri,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutupan Seminar Grow Perunding Hartanah Bumiputera Daerah Kluang dan Pelancaran Kelab Pelaburan Harta Tanah Bumiputera Johor.

Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pe­la­buran, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia ne­geri, Mohd. Izhar Ahmad.

Dalam pada itu, Kamal Ariffin berkata, pihaknya berhasrat melahirkan sekurang-kurang­nya 1,000 perunding hartanah bumiputera profesional menje­lang akhir 2022.

“Kira-kira 200,000 rakyat Malaysia hilang kerja di Singapura akibat Covid-19 dan kami berharap kewujudan kelab ini memberi peluang kepada mereka bagi menceburi kerjaya ini seterusnya membaiki taraf ekonomi diri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya