Agrobank lulus dana RM567 juta - Utusan Malaysia

Agrobank lulus dana RM567 juta

KHADIJAH ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Agrobank menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) telah meluluskan Kemudahan Bantuan Khas (SRF) dan Agromakanan (AF) berjumlah RM567 juta kepada lebih 1,411 perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menurut Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar, setakat 31 Ogos lau, sebanyak 1,005 permohonan SRF dengan jumlah RM409 juta dan 406 permohonan AF berjumlah RM158 juta telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada PKS menerusi bank berkenaan bagi membantu membangunkan semula perniagaan mereka.

“Agrobank sentiasa komited dalam membantu usahawan PKS. Ia telah menjadi nadi dalam setiap usaha kami untuk meningkatkan prestasi sektor pertanian dan industri makanan mikro sekali gus membantu membangunkan usahawan PKS.

“Justeru, suntikan dana ini diharap dapat membantu usahawan PKS dan memberi ruang kepada mereka untuk merancang semula pelan strategik perniagaan mereka terutamanya dalam mengharungi tempoh sukar ini,” katanya dalam kenya­taan di sini semalam.

Khadijah berkata, Agrobank terus berusaha memastikan usahawan di bawahnya kami mendapat bantuan yang diperlukan.

Bantuan itu bagi memastikan kelangsungan operasi perniagaan, pengekalan pekerjaan serta menyokong pertumbuhan ekonomi mereka semasa saat getir ini.

SRF dan AF adalah sebahagian daripada dana BNM berjumlah RM10 bilion dan RM1 bilion bagi membantu PKS mengurangkan aliran tunai jangka pendek perniagaan berikutan impak yang dihadapi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya