Rizab antarabangsa BNM meningkat AS$104.3 bilion  - Utusan Malaysia

Rizab antarabangsa BNM meningkat AS$104.3 bilion 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$104.3 bilion (RM435.66 bilion) pada 14 Ogos lalu, meningkat berbanding AS$104.2 (RM435.24 bilion) pada 30 Julai.

BNM dalam satu kenyataan memaklumkan, kedudukan rizab mencukupi untuk membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Ujarnya, rizab mata wang asing berjumlah AS$95.6 bilion (RM113.16 bilion), susut daripada AS$97.2 bilion (RM115.05 bilion) dua minggu lalu.

“Manakala, rizab Dana Monetari Antarabangsa, Hak Pengeluaran Khas (SDR) dan emas tidak berubah masing-masing berjumlah AS$1.3 bilion (RM5.43 bilion), AS$1.1 bilion (RM4.59 bilion) dan AS$2.2 bilion (RM9.19 bilion).

“Sementara itu, aset rizab lain meningkat kepada AS$4.1 bilion (RM17.1 bilion) daripada AS$2.4 bilion (RM10.02 bilion),” katanya dalam kenyataan itu hari ini.. 

Jumlah aset bank berjumlah RM496.967 bilion pada 14 Ogos, berbanding RM494.916 bilion pada 30 Julai lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya