PUNB sedia inisiatif khas RM200j - Utusan Malaysia

PUNB sedia inisiatif khas RM200j

NOH Omar (tengah) menyerahkan replika cek pembiayaan PUNB kepada Ahli Lembaga Pengarah Mimoo Act, Wan Nilam Wan Wook (dua dari kiri) di Kampung Baru Subang, Seksyen U6, Shah Alam, semalam. – UTUSAN/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dalam membantu usahawan Bumiputera yang terjejas kesan akibat pandemik Covid-19, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) memperkenalkan inisiatif khas Pembiayaan Mudah Bumiputera (BRF) berjumlah RM200 juta.

Pembiayaan antara RM100,000 hingga RM1 juta itu ditawarkan kepada semua usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang berkelayakan.

Pengerusi PUNB, Tan Sri Noh Omar berkata, inisiatif yang menyokong Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) itu bertujuan memastikan kemampuan dan kestabilan perniagaan kembali pulih sekali gus bersesuaian dengan perubahan norma pasaran ekonomi.

“Permohonan BRF ini terbuka kepada semua usahawan PKS dalam pelbagai sektor yang memperoleh anggaran pendapatan berjumlah RM300,000 setahun.

“Kami menjangkakan 1,000 usahawan menerima manfaat daripada pembiayaan itu bagi perbelanjaan operasi, modal kerja dan urusan berkaitan amalan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di kilang syarikat Mimoo Act Sdn. Bhd. di Kampung Baru Subang, Seksyen U6 di sini, semalam. Turut dihadiri, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin dan Ahli Lembaga Pengarah Mimoo Act, Wan Nilam Wan Wook.

Terdahulu, Noh turut menye­rahkan cek pembiayaan PUNB berjumlah RM2 juta kepada Mimoo Act iaitu syarikat pembekalan bagasi dan beg milik Bumiputera. Mengulas lanjut, Noh berkata, pembiayaan itu mengenakan kadar keuntungan hanya 3.5 peratus setahun dan tempoh pembayaran maksimum sehingga lima tahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya