Public Bank beri bantuan lanjutan pembayaran balik - Utusan Malaysia

Public Bank beri bantuan lanjutan pembayaran balik

Tay Ah Lek
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Public Bank bersedia memberi bantuan pembayaran balik pinjaman kepada pelanggannya yang terus berdepan masalah untuk membayar balik pinjaman apabila tamatnya tempoh moratorium pinjaman selama enam bulan pada 30 September ini.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri  Tay Ah Lek  berkata, pandemik Covid-19 nyata memberi kesan ketara ke atas ekonomi pihaknya memahami bahawa sesetengah pelanggan mungkin menghadapi kekangan aliran tunai berikutan impak pandemik itu yang lebih lama daripada dijangkakan.

“Kami bersedia membantu dan komited sepenuhnya dan menyokong usaha untuk membantu pelanggan mengharungi tempoh sukar ini.  

“Pakej pembayaran balik khas ini dirangka dengan teliti, mengambil kira kekangan aliran tunai sementara yang dialami oleh pelanggan kami.  

“Pakej-pakej ini membolehkan pelanggan kami menyesuaikan kedudukan kewangan mereka secara berperingkat-peringkat dalam tempoh lanjutan ini.” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Public Bank telah merangka program bantuan pembayaran balik pinjaman untuk membantu pelanggan individunya yang kehilangan kerja atau dipotong gaji, dan pelanggan PKS yang berdepan masalah aliran tunai berikutan pandemik Covid-19.  

Bantuan pembayaran balik itu terdiri daripada pelbagai pakej pembayaran balik yang bersesuaian dengan keadaan kewangan pelanggannya.

Malah, bank itu juga mewujudkan platform digital untuk membolehkan pelanggan yang layak menghantar permohonan bagi penjadualan semula pelan pembayaran balik mereka secara dalam talian.  

Platform digital itu membolehkan proses permohonan dan kelulusan yang mudah, cekap dan berkesan untuk para pelanggan.  

Pelanggan Public Bank dinasihatkan agar mengemukakan permohonan dalam talian menggunakan platform digital bank melalui laman web Public Bank mulai 7 Ogos 2020.

“Untuk pelanggan individu yang kehilangan kerja pada 2020 dan yang kini tidak bekerja, Public Bank akan menawarkan lanjutan tempoh moratorium pinjaman selama tiga bulan bermula pada 1 Oktober 2020.  Pelanggan-pelanggan ini yang ingin memohon lanjutan moratorium ini boleh menghubungi Public Bank dan mengemukakan permohonan menggunakan dokumen berkaitan,” katanya. 

Pelanggan yang berhasrat untuk memohon bantuan pembayaran balik pinjaman dan pembiayaan mereka diminta mengunjungi mana-mana cawangan Public Bank, atau melayari laman web https://apply.pbebank.com/pbrnr untuk maklumat lanjut.  Pelanggan juga boleh menghantar e-mel kepada [email protected] untuk nasihat dan bantuan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.