Petron rekod kerugian kasar RM68 juta suku kedua 2020 - Utusan Malaysia

Petron rekod kerugian kasar RM68 juta suku kedua 2020

Penularan wabak Covid-19 menjejaskan prestasi Petron pada suku kedua 2020. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:   Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd. (PMRMB) merekodkan  jumlah jualan sebanyak 6 juta tong pada suku kedua 2020, lebih rendah berbanding 9.2 juta tong pada tempoh yang sama tahun lalu akibat permintaan bahan bakar yang rendah disebabkan aktiviti ekonomi dan pergerakan yang minimum ekoran pelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19.

Menurut syarikat itu, lebihan bekalan dan permintaan yang rendah menyebabkan minyak mentah Dated Brent jatuh ke paras terendah pada AS$19 (RM72.22) setong pada April sebelum pulih sedikit pada Mei dan Jun dengan harga purata AS$29 (RM120.93) setong pada suku kedua.

 PMRMB berkata, syarikat mengakhiri suku kedua dengan hasil RM1 bilion, turun RM3 bilion daripada jumlah yang dicatatkan pada tempoh yang sama pada 2019 di mana wabak koronavirus terus memberi kesan negatif terhadap harga minyak mentah dan permintaan domestik. 

“Oleh kerana kerugian inventori, syarikat mencatatkan kerugian kasar sebanyak RM68 juta dalam tempoh tersebut, iaitu penarikbalikan keuntungan kasar RM134 juta tahun lalu.

“Jumlah itu telah dikurangkan dengan langkah rasionalisasi kos yang berterusan di mana perbelanjaan operasi menurun sebanyak 21 peratus atau RM14 juta. 

“Penjimatan ini, bersama dengan pemulihan dalam jumlah jualan dan harga pada Jun membantu mengurangkan kerugian bersih syarikat pada suku kedua kepada RM69 juta daripada RM84 juta pada suku pertama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya