Keuntungan TNB merosot 41.47% - Utusan Malaysia

Keuntungan TNB merosot 41.47%

TAWARAN insentif khas bertujuan menggalakkan semua premis komersial memasang lampu hiasan bagi memeriah dan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos ini. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd. (TNB) mengumumkan penurunan keuntungan bersih berjumlah RM462.9 juta atau 41.47 peratus kepada RM653.3 juta dicatatkan dalam tempoh tiga bulan kedua tahun kewangan 2020 berbanding RM1.12 bilion untuk tempoh sama tahun lalu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, prestasi pendapatan TNB turut menyaksikan kemerosotan RM1.99 bilion kepada RM10.89 bilion untuk tempoh April hingga Jun 2020 berbanding RM12.88 bilion tahun lalu didorong oleh kejatuhan jualan elektrik.

Menurut TNB, keuntu­ngan operasi syarikat turut menurun sebanyak RM250.3 juta atau 12.1 peratus kepada RM1.82 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu RM2.07 bilion.

Keuntungan selepas cukai (PAT) syarikat utiliti negara itu juga merekodkan penyusutan tinggi sebanyak RM454.1 juta atau 40.2 peratus kepada ha­nya RM676.0 juta berbanding RM1.13 bilion dalam tempoh tiga bulan kedua 2019.

“Pendapatan TNB bagi tempoh separuh pertama 2020 berkurangan 13.7 peratus atau RM3.58 bilion didorong oleh penurunan Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) berjumlah RM2.32 bilion dan penguncupan jualan elektrik sebanyak 8.1 pera­tus bernilai RM1.2 bili­on.

“Keuntungan operasi jatuh 11.6 peratus kepada RM4.05 bilion berbanding RM4.58 bili­on tahun lalu manakala keuntungan selepas cukai bagi tempoh enam bulan berkurang sebanyak RM1.23 bilion daripada RM2.65 bilion kepada RM1.4 bilion didorong oleh nilai ringgit yang lemah dan kos kewa­ngan tinggi bagi stesen janakuasa Jimah East Power,” katanya dalam makluman itu semalam.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya