Hartawan Hong Kong sertai Lembaga Pengarah INIX Technologies - Utusan Malaysia

Hartawan Hong Kong sertai Lembaga Pengarah INIX Technologies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: INIX Technologies Holdings Bhd. hari ini mengumumkan pelantikan hartawan Hong Kong, Chak Ho Sum sebagai pengarah bukan eksekutif syarikat itu.

Dalam laporannya kepada Bursa Malaysia, INIX memaklumkan, Ho Sum merupakan ahli perniagaan yang terkenal di Hong Kong, Macau dan Asia Tenggara yang memegang jawatan dalam 13 syarikat.

“Beliau berperanan sebagai Pengarah Eksekutif syarikat Fighting Creative and Culture Production; Blue Moon Music and Culture Limited; Time Film Production Company; Time Sports Club; Hong Kong New Territories Hydroponics Company dan Cambodia Genting Crown Casino Fan Tian Gambling Hall.

“Ho Sum juga Pengarah Persembahan Kesenian Kelab Sukan Budaya, Hong Kong Elderly Cultural Association serta Pengarah Majlis Perniagaan China dan Majlis Perdagangan Antarabangsa China,” jelas kenyataan itu.

Selain itu, Ho Sum juga adalah Presiden Kehormat Hong Kong MX Club; Rescue Boat Association of Hong Kong; Malaysia Dragon and Lion Club dan Pegawai Kehormat Jiaojing Longtan Guanyin Temple. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya