Elon Musk keempat terkaya di dunia - Utusan Malaysia

Elon Musk keempat terkaya di dunia

ELON MUSK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Saham Tesla Inc. (Tesla) yang me­lonjak 11.2 peratus pada Isnin lalu, sekali gus menjadikan Elon Musk, individu keempat terkaya di dunia dengan memperoleh kekayaan seba­nyak AS$7 bilion (RM29.3 bilion) menjadikan ke­seluruhan kekayaannya kepada AS$83.6 bilion (RM350.2 bilion).

Kekayaan peribadi Elon berjumlah AS$8.5 bilion (RM35.6 bilion) yang secara rasmi dinobatkan sebagai individu keempat terkaya di dunia.

Usahawan teknologi dan pengasas bersama Tesla dan Space Exploration Technologies Corporation (SpaceX) itu juga telah mengalahkan hartawan dari Perancis, Bernard Arnault.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg pula berada di tempat ketiga dengan memperoleh kekayaan peribadi sekitar AS$15 bilion (RM62.7 bi­lion).

Kenaikan saham Tesla adalah kejayaan terakhir Elon, selepas disaman oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (AS) dua tahun lalu, memaksanya me­ngundurkan diri sebagai ketua pembuat kereta elektrik.

Setakat tahun ini, saham Tesla meningkat hampir 340 peratus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya